my picture

my picture
yes asli buatan anak negri

Jumat, 06 Mei 2011

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
ASEAN
Association of Southeast Asian Nations
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara

Bendera
ASEAN Members.svg
Pusat SekretariatJakarta, Indonesia
Negara ahli10
Setiausaha AgungOng Keng Yong
Penubuhan
Pengisytiharan Bangkok

8 Ogos 1967
Kawasan4,465,500 km²
Populasi
-Kepadatan
558,812,200
125/km²
KDNK (PPP)
-Jumlah
-Per kapita
anggaran 2005
$2.755 trilion (ke-16)
$4,930
KDNK (nominal)
– Jumlah
– Per kapita
anggaran 2005
$884 bilion
$1,582
Zon waktuUTC +6½ hingga +9
Logo ASEAN
Sekretariat ASEAN di Jalan Sisingamangaraja No.70A,Jakarta Selatan, Indonesia.
Bendera 10 negara ASEAN.

ASEAN, merupakan singkatan bagi "Association of Southeast Asian Nations" atau Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara. ASEAN ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 diBangkok dengan tujuan untuk mengukuhkan kerjasama serantau. Negara anggota mengadakan mesyuarat pada setiap November.

Isi kandungan

[sorokkan]

[sunting]Prinsip utama ASEAN

Prinsip prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut:

  • Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara
  • Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar, subversif atau koersion (coerion)
  • Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman
  • Menolak penggunaan ketenteraan
  • Kerjasama effektif antara anggota.

[sunting]Ahli ASEAN

Negara-negara yang menyertai ASEAN.

Kini ASEAN dianggotai oleh hampir semua negara di Asia Tenggara kecuali Timor Timur dan Papua New Guinea. Negara-negara anggota adalah seperti berikut:

[sunting]Sejarah

Rencana utama: Sejarah ASEAN

ASEAN ditubuhkan oleh lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand di Bangkok semasa proses penandatanganan satu perjanjian yang dikenali sebagaiDeklarasi Bangkok. Menteri luar ketika itu ialah Adam Malik (Indonesia), Narciso R. Ramos (Filipina), Tun Abdul Razak (Malaysia), S. Rajaratnam (Singapura), dan Thanat Khoman (Thailand).

Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekan. Hanya selepas 11 tahun kemudiannya ASEAN menerima ahli baru.Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995, Laos dan Myanmarmenjadi ahli dua tahun kemudianya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kembojasudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, Kemboja terpaksa menarik diri disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Namun, dua tahun kemudiannya Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.

[sunting]Timor Leste

Negara baru Timor Leste, dahulunya dalam Indonesia, terpaksa berhempas pulas untuk mendapat status pemerhati dalam ASEAN. Namun, banyak negara dalam ASEAN tidak menyokong penglibatan Timor Leste pada akhir 1990-an atas rasa hormat kepada Indonesia. Myanmar, terutamanya, menentang pemberian status pemerhati kepada Timor Leste kerana sokongan Timor Leste terhadap perjuangan Aung San Suu Kyi.

Sejak kemerdekaan Timor Leste pada Mei 2002, ASEAN telah banyak membantu negara baru ini. Timor Leste telah dijemput untuk hadir dalam beberapa mesyuarat ASEAN. Walaubagaimanapun, Timor Leste masih dilantik sebagai negara pemerhati.

ASEAN dianggarkan merangkumi 500 juta orang dan merangkumi kawasan seluas 4.5 juta kilometer per segi.

0 komentar: